Selasa, 18 Ogos 2015

Nama diberi Ku Shafika Azira Bt Mohd Shafie dilahirkan di Hospital Besar Tanjung Malim,Perak dan dibesarkan di pelbagai tempat kerana bapa berkhidmat sebagai seorang anggota tentera (MP). Perak adalah kampung kelahiranku begitu juga dengan emak. Emak adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Sebagai seorang anak anggota tentera aku sudah terbiasa membawa diri dengan berdikari kerana seusia 1 tahun lebih allah telah memberi rezeki kepada orang tuaku dengan kurniaan anak kedua. Bermulanya tugas abah sebagai seorang anggota tentera yang banyak bertukar tempat kerja (Posting) kami sekeluarga telah ke serawak kerana tugasan abah berkhidmat disana. Selama 2 tahun khidmat abah disarawak dan kini telah dikurniakan cahayamata lelaki anak yg kedua iaitu Ku Shafiq Ikhwan Bin Mohd Shafie nama diberi. Nama ‘KU’ adalah pemberian atuk sebelah abah dimana nama ‘KU’ adalah simbolik generasi keturunan ketujuh keluarga kami. Sebagai anak perempuan sulung aku diberi amanah untuk menjaga adikku yang kedua kerana dia dilahirkan sebagai anak ‘downsindrom’. Aku amat menyayangi adikku dan hanya dia sahaja lah teman sepermainanku, teman gurauanku. Kami dibesarkan bersama-sama dengan penuh kasih sayang dari emak dan abah. Terima Kasih Ya Allah atas anugerah pemberianMu, aku bersyukur dikurniakan keluarga yang tabah dan sabar mengharungi ujian Mu yang maha hebat. Alhamdulillah…

Selepas 3 tahun perkhidmatan sebagai anggota tentera di Sarawak kami sekeluarga berpindah di Taiping rumah yang dibeli oleh abah iaitu rumah teres. Disini allah telah memberikan rezeki buat emak dan abah dengan cahayamata yang ketiga iaitu anak lelaki kini aku telah mempunyai 3 adik beradik, Alhamdulillah rezeki pemberian allah. Adik yang ketiga Shafiq Ku Shairie Bin Mohd Shafie di lahirkan di Hospital Taiping, Perak. Pada mulanya adik ku dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain, seorang anak yang ceria tidak lekang dek senyuman dengan lesung pipit di pipi kirinya. Tetapi allah maha berkuasa didatangkan dengan bentuk ujian iaitu adikku yang ketiga lumpuh dan tidak seperti kanak-kanak yang lain. Ya allah tiada daya upaya hambamu yang hina ini melawan takdirmu ya allah. Bersyukur atas rezeki pemberianmu iaitu anak-anak istimewa syurga buat mereka yang tidak berdosa.

7 tahun berlalu dan kini abah perlu berkhidmat ditempat lain iaitu di Kuala Lumpur, Kem Genting Klang Setapak. Disini juga allah telah memberikan rezeki buat emak dan abah dimana cahaya mata yang ke empat bakal dilahirkan. Pelbagai ujian emak dan abah harungi dalam membesarkan kami adik beradik hanya allah yang maha mengetahui penderitaan dihati mereka berdua, semoga emak dan abah dipelihara dalam rahmat allah selalu. Aamiin.. Cahaya mata keempat anugerah allah iaitu anak perempuan yang diberi nama Nurul Fatehah Bt Mohd Shafie. Dilahirkan dengan cukup sifat dan sihat tubuh badan. Alhamdulillah hadiah yang amat bernilai buat keluarga.


12 tahun berlalu dan kini allah telah kurniakan cahaya mata yang kelima iaitu Muhammad Quyyum Bin Mohd Shafie. Allah memberi ujian yang maha hebat dimana adik ku yang kelima berada dalam keadaan kritikal dan berkomplitasi dimana doctor menganggarkan adik ku tidak dapat hidup lama. Ya allah semoga emak dan abah tabah dalam mengharungi ujian ini. Emak tidak boleh melahirkan anak lelaki kerana ada masalah yang hanya allah lebih mengetahui mungkin ini adalah takdir dan ujian besar buat kami sekeluarga. Emak sudah tidak dapat melahirkan anak lagi kerana terdapat komplikasi jika emak hamil lagi. Ya allah sudah cukup zuriat pemberianmu yang amat bernilai ini, anugerahmu paling indah ya allah.. Semoga emak dan abah sabar selalu dan tabah dalam mengharungi perit getirnya dalam membina keluarga dalam membesarkan anak-anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan