Ahad, 23 Ogos 2015

HATI KOSONG ~ MATI ITU PASTI ~ CARILAH ILMU

السلام عليکم


~ Dari Hati ke Hati ~ Nukilan yang Sentiasa Berganti ~ PadaMu Rabb yang Memberi Inspirasi ~

---------------------------------------------------------------------------------------------

TENTANG HATIKU KOSONG ? 

< Hayatilah Wahai Sahabat>

"Hatiku kosong tentang Erti KEHIDUPAN,
Kosong dalam mencari TUJUAN,
Arah manakah HALUAN,
Bagaimanakah PERMULAAN".

Wahai Sahabat percayalah akan Janji Allah SWT, Perbaikilah dan Mantapkanlah Ilmu Rohani,  memang bukan mudah. "BIAR SIKIT TAPI BERTERUSAN" ISTIQOMAH ~


JIKA KITA KEJAR DUNIA, AKHIRAT NAMPAK KECIL, KEJARLAH AKHIRAT DUNIA AKAN MENGEJAR KITA ~

ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA

ALLAH S.W.T tak beri bukan bermakna ALLAH S.W.T tak beri langsung apa yang kita hajati apa yang kita doa, ALLAH S.W.T ambil orang-orang yang kita sayang bukan bermakna ALLAH S.W.T tidak sayang pada kita, ALLAH S.W.T beri ujian yang tidak putus-putus untuk kita tarbiah diri menjadi lebih baik dari yang terbaik. MANUSIA hanya tahu bercakap, hanya tahu menghina, hanya tahu mengherdik biar lah mulut orang bukan mulut kita.

Hanya kita dan ALLAH S.W.T sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati, hanya ALLAH S.W.T yang tahu apa yang kita mohon dan doa, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu apa yang kita rasa dan tanggung bukan ORANG , ia nya menjadi rahsia antara kita dengan pencipta ALLAH S.W.T .

YAKIN, USAHA, TAWAKAL, BERSERAH DIRI & TIDAK BERPUTUS ASA in syaa allah 1 masa 1 ketika permohonan doa dimakbulkan allah dan digantikan dengan lebih baik, ALLAH S.W.T sebaik-baik perancang.

Syukur alhamdulillah, ALLAH S.W.T beri kehidupan yang bersederhana dan semakin hari semakin indah cukup makan, cukup pakai, tempat tinggal dan sebagainya. Bukan harta mahupun wang ringgit mencerminkan segala tetapi kesederhanaan hidup adalah utama.



Selasa, 18 Ogos 2015

Kisah Cinta Zulaikha Dan Nabi Yusuf A.S


Assalamu'alaikum, 

Bismillahirrahmaanirrahiim.

 Ketika membaca kisah cinta Zulaikha dgn Nabi yusuf ini teringat tentang tahap kecintaan yang ketujuh (shaghaf) seperti yg saya tuliskan di SINI, Cinta yang meresap ke dalam lubuk hati Zulaikha ini menyebabkan dia sangup dicaci. Alangkah tinginya nilai cinta jika tahap kecintaan manusia kpd Allah seperti ini.

 Firman Allah swt: وَقَالَ نِسۡوَةٌ۬ فِى ٱلۡمَدِينَةِ ٱمۡرَأَتُ ٱلۡعَزِيزِ تُرَٲوِدُ فَتَٮٰهَا عَن نَّفۡسِهِۦ‌ۖ قَدۡ شَغَفَهَا حُبًّا‌ۖ إِنَّا لَنَرَٮٰهَا فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٣٠ 


Maksudnya:Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Yusuf (12:30)

Malam itu terasa sangat panas oleh Ra'il, wanita cantik yang biasa dipanggil Zulaikha. Dia sentiasa menghias cantik rupa paras, menghiias diri dan sentiasa memakai bau2an. Kemudian dia berdiri, pagi dan petang di beranda istananya di atas Sungai Nil, dalam kegelisahan yang tidak jelas puncanya. Angin sepoi2 bahasa bertiup tenang dan halus seakan2 enggan mengusik ranting2 pepohon bunga yang mengelilingi beranda istana itu. Zulaikha memandang ke arah sungai dan airnya yang tenang dan sesekali wajahnya menoleh ke atas melihat bintang2 yg bertaburan di langit mengelilingi bulan dan sebahagian sinarnya terlindung oleh awan.

Sesaat kemudian, seorang pelayan menghampirinya dengan segelas jus buah untuknya tetapi dia menolak malah memerintahkan pelayannya supaya kembali. Nafasnya semakin menyesakkan, seolah2 hampir mencekik lehernya. Dia sendiri tidak tahu apa yang digelisahkannya. Kecantikan? Bukan! Dia adalah wanita tercantik di seluruh Mesir. Anak? Mungkin itu benar, kerana sampai saat ini dia masih belum dikurniakan seorang anak.

Sebenarnya Zulaikha boleh sahaja mengambil anak angkat yang disukainya, kerana dia orang terkaya di negeri itu. Tetapi naluri keibuannya menentang niatnya. Dia ingin mengandung dan melahirkan puteranya sendiri sebagaimana wanita2 lain, namun takdir menghendaki sesuatu yang lain krn suaminya tidak mampu mengubah impiannya menjadi kenyataan. 

Fikirannya berkecamuk. zulaikha terlena dlm lamunannya sehingga suara halus suaminya tiba2 mengejutkannya: "Ra'il isteriku yang cantik, bergembiralah!" Suaminya berkata sambil menunjukkan sesuatu kepadanya. Zlaikha menoleh ke arah suaminya, dan betapa terkejutnya dia ketika melihat suaminya datang bersama seorang anak kecil. "Siapa namamu?" Tanya Zulaikha.

Dengan suara yang hampir tidak kedengaran anak itu menjawab, "Yusuf".

Al-Aziz suami Zulaikha kemudian mengikutnya dari belakang seraya berkata, "Aku membelinya daripada rombongan yang menemuinya di sebuah telaga di padang pasir. Berikan kepadanya tempat dan layanan yang baik, boleh jadi dia kan bermanfaat kepada kita, atupun kita angap dia sebagai anak kita

Zulaikha tidak mengetahui takdir apa yang akan berlaku antara dia dan anak itu pada hari2 akan datang. Yang jelas Zulaikha amat menyenangi kedatangannya, hilang sgl kesedihan yg ditanggung selama ini. Hari2 berlalu pergi. Yusuf semakin membesar dan dewasa. Wajahnya semakin tampan. Zulaikha tidak mengerti apa perasaan yang meresap di hatinya setiap kali dia memandang wajah Yusuf. Kesedihan yg dihadapinya hilang apabila setiap kali memandang wajahnya

Setiap malam tiba dan Yusuf ke kamar tidur, Zulaikha merasa ada sesuatu yg mengusik lubuk kalbunya, sehingga kadang kala dia bangun meninggalkan suaminya yang sedang tidur dan pergi ke pintu kamar Yusuf. Dia berdiri di pintu kamar beberapa ketika. Dalam hatinya timbul keraguan, apakah sebaiknya dia menghampiri Yusuf seperti yang diinginkannya, ataupun kembali kepada suaminya. fikiran ini sering mengganggu hatinya semalaman sehingga sampai matahari pagi terlihat masuk daripada celah2 jendela kamarnya. Apabila begitu barulah dia kembali ke kamar suaminya.

Setiap kali pandangan matanya bertemu dengan pandangan Yusuf, dia merasakan keinginan yang kuat untuk selalu berada di samping Yusuf dan tidak ingin berpisah dengannya buat selama2nya. Namun hati kecilnya berkata Yusuf tidak memendam perasaan yang sama sepertinya. Pertanyaan yang selalu mengusik kalbunya adalah adakah Yusuf memendam perasaan seperti yang dipendamnya? Meskipun hati kecilnya berkata bahawa Yusuf tidak menampakkan sikap seperti itu, dia tidak mahu mendengar jawapan itu.

Pada suatu petang, Zulaikha sudah tidak berdaya lagi memendam perasaan cintanya kpd Yusuf. Dia kemudian berdiri di cermin, mengagumi kecantikan rupa parasnya sambil berkata kepada dirinya sendiri : "Adakah di seluruh Mesir ini, wanita yang kecantikannya melebihi kecantikanku? sehingga Yusuf menghindari aku? Tidak boleh tidak, wahai Yusuf! hari ini aku akan menemuimua dgn sgl macam pujukan dan rayuan sehingga engkau tunduk kepadaku".

Kemudian dia membuka almari dan matanya mengamati ke arah pakaian yang ada di dalamnya. Dia memilih salah satu gaunnya yang paling indah, berwarna merah dengan model yang boleh membangkitkan ghairah lelaki apabila memandangnya. Apabila gaun itu dikenakan di tubuhnya, sebahagian aurat yang seharusnya disembunyikan kelihatan. Itulah yang dikehendakinya. Kemudian dia memakai minyak wangi-wangian di sekujur tubuhnya yang menyebabkan seseorang lelaki akan ghairah apabila tercium baunya. Kemudian dia menyikat rambutnya dan dibentuk seindah-indah pada malam yang sunyi itu. 

Selepas menyempurnakan dandanannya, Zulaikah mengamati keadaan sekelilingnya, sehingga dia benar-benar yakin tidak ada seorang pun pelayannya yang masih menunggunya di situ; semuanya sudah tidur di kamar masing-masing. Dia juga tahu suaminya sedang memenuhi undangan seorang hakim MEsir dan sibuk dengan urusan-urusannya, sehingga tidak mungkin dia akan kembali kepadanya sebelum fajar tiba.

Selesai segala-galanya, dia pergi ke kamar Yusuf. Dilihatnya pintu kamar itu tertutup dan lampunya sudah dipadamkan. Dengan perlahan dia mengetuk; satu kali, dua kali..dan tiga kali. Tidak lama kemudian Yusuf bangun dan menyalakan lampu, lalu membukakan pintu kamarnya. Alangkah terkejutnya Yusuf apabila melihat Zulaikha, isteri al-Aziz sudah berada di hadapannya. Tetapi baginda tidak berkata apa-apa kecuali diam menduduk. 

Tiba-tiba Zulaikha masuk ke dalam kamar Yusuf, mendekatinya dan memgang tangannya sambil menutup pintu kamar. Zulaikha merasa gelisah, ketakutan serta tidak membalas pandangan mata Yusuf. Dia berpaling ke arah Yusuf, sedangkan Yusuf berusaha menjauhkan diri daripadanya. 

Zulaikha berkata kepadanya, "Apakah maksud semua ini wahai Yusuf? Janganlah engkau menjauhkan dirimu daripadaku sehingga menyebabkan aku binasa kerana merinduimu." Yusuf diam tanpa memberi apa-apa jawapan. Zulaikha mendekatinya lagi sambil berkata, "Aduhai Yusuf, betapa indahnya rambutmu!" Yusuf menjawab, "Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan daripada tubuhku selepas aku mati." 

"Aduhai Yusuf, betapa indahnya kedua-dua matamu!. Zulaikha terus memujuknya. "Kedua-duanya ini adalah benda yang pertama kali akan lepas daripada kepalaku dan akan mengalir di muka bumi!." Yusuf berkata lagi. Zulaikha terus menggodanya, "Betapa tampannya wajahmu yusuf." "Kelak, tanah yang akan menghancurkannya," Yusuf membalas. 

Kemudian Zulaikha berkata kepada Yusuf, "Tubuhku sudah terbuka kerana ketampanan wajahmu." "Syaitan menolongmu melakukannya!" Yusuf berkata lagi. "Yusuf, bagaimana harus aku harus mendapatkan apa yang selama ini kudambakan, dan kini aku datang kerananya," Zulaikha merayu lagi. Yusuf membalas, "Ke manakah aku akan lari daripada murka Allah sekiranya aku menderhaka kepada-Nya?" Sedarlah Zulaikha bahawa Yusuf benar-benar tidak mahu memnuhi apa yang dia inginkan. Dia mendekatinya lagi, bahkan lebih dekat kepadanya dan meletakkan badan Yusuf di atas dadanya. Dia berharap Yusuf akan tertarik kepadanya dan mahu memenuhi keinginannya. Tetapi, di luar dugaannya, Yusuf menolak malah menghindarkan diri daripadanya dan segera berlari hendak keliar dari kamar itu.

Zulaikha tidak mampu berfikir mengapa Yusuf begitu keras mempertahankan kesuciannya di hadapan wanita secantik Zulaikha yang sedia melayaninya, bahkan lari menjauhkan diri daripadanya. Zulaikha mengejar Yusuf dari belakang bagi mmemaksanya. Ketika dia mendekati Yusuf, dipegangnya bahagian belakang baju Yusuf dan ditariknya dengan kuat. Dengan rasa marah, Zulaikha melarang Yusuf keluar dari kamar. Akhirnya, bahagian belakang baju Yusuf koyak. Pada masa yang sama, al-Aziz sudah berada di hadapan mereka berdua, bersama-sama sepupu Zulaikha. Dengan serta-merta Zulaikha berkata, "Apakah hukuman bagi orang yang berbuat jahat kepada isterimu, selain dipenjarakan ataupun dihukum dengan seksaan yang pedih?"

Zulaikha bermaksud menyatakan Yusuf cuba melakukan sesuatu yang melampaui batas ke atas dirinya. Al-Aziz berasa sangat marah atas apa yang berlaku. Ini kerana dia tidak menduga perlakuan itu akan dilakukan oleh Yusuf, seorang anak terlantar yang dibelinya, dipelihara dan dikasihaninya seperti kasih sayang seorang ayah kepada puteranya sendiri. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? yusuf sedar Zulaikha berdusta dan menuduhnya dengan tuduhan palsu. Zulaikha segera berkata kepada al-Aziz, "Dia menggodaku supaya menyerahkan diriku kepadanya".

Ternyata Allah mahu Yusuf bebas daripada tuduhan wanita itu, anak salah seorang ahli keluarga Zulaikha ketika itu datang ke istana tiba2 berkata, "Sekiranya bajunya koyak di bahagian depan maka wanita itu berkata benar dan Yusuf termasuk dalam golongan org2 yg berdusta. Sekiranya bajunya koyak pada bahagian belakang, wanita itulah yg berdusta. Mendgr kata2 itu al-Aziz segera menghampiri Yusuf dan memeriksa bajunya, dan mendapati baju Yusuf koyak di bahagian belakang akibat ditarik oleh Zulaikha, mengertilah al-Aziz bhw isterinya itu berlaku khianat kepadanya dan Yusuf bersih daripada tuduhan. Kemudian dia berkata, "Sungguh, inilah tipu muslihatmu. Sungguh dahsyat tipu muslihatmu". Al-Aziz memandang Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, pergilah dari sini".

Tujuannya ialah supaya Yusuf tidak menghebahkan perkara aib ini. Kepada isterinya dia berkata, "Dan kamu, wahai isteriku mohon ampunlah atas dosamu itu, krn sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan org yang berbuat salah". "Celakalah kamu Yusuf!" Zulaikha berkata dgn nada marah krn Yusuf menolak kecantikan dan kebesarannya. "Tidak! Aku tidak akan membiarkanmu, Yusuf. Aku akan mencari jalan lain utk mendapatkanmu, memperdayakanmu, sehingga engkau memenuhi apa yg aku kehendaki..". Hari2 berlalu, al-Aziz yg kalah dlm mengadili kejadian aib itu berusaha memujuk Zulaikha supaya menghadapi kenyataan, sementara isterinya membantahnya. Dia tahu setiap kali dia menampakkan kebenciannya kpd al-Aziz, suaminya itu akan benar2 berusaha mendekati dan memujuknya krn dia sgt mencintai Zulaikha.

Yusuf sendiri akhirnya berdiam diri sepanjang hari di dalam kamarnya krn peristiwa yg memalukan itu. Dia hanya keluar apabila ada urusan penting yg ditugaskan oleh tuannya al-Aziz. Hari2 yg dilalui menghantui Zulaikha. Dia sentiasa menanti peluang utk kembali menjalankan tipu dayanya terhadap Yusuf, kerana apa yg berlaku itu semakin menambah cintanya dan keinginnay utk menjalinkan hubungan dgn Yusuf, meskipun secara terang2an dia mendustakan Yusuf di hadapan suaminya bagi menghilangkan keraguan suaminya terhadap dirinya. Hari demi hari dilalui oleh Zulaikha terasa amat lambat berlalu. Di kota, beberapa peristiwa yg tidak terduga terjadi. Wanita-wanita di Mesir pada ketika itu sentiasa berbicara tentang peristiwa aib yg berlaku. Sungguh menghairankan bagaimana boleh tersebar hingga ke kota, pada hal semua pihak di istana al-Aziz telah berusaha merahsiakannya. Mungkin cerita itu disebarkan oleh pelayan lelaki atau pelayan wanita istana yg ada hubungan keluarga dengan mereka.

Ibu kota Mesir bergema dgn kisah ini. Dalam setiap kelompok wanita tidak ada perkara lain yg dibicarakan. Akhirnya berita itu sampai ke telinga Zulaikha. Sudah tentu hal ini menimbulkan kemarahannya. Namun dia tak dpt menghalang org2 bercerita ttg hal itu. Dia terpaksa menerima kenyataan yg pahit itu dgn hati yg pedih, "Betapa perjalanan hidupku seperti sepotong roti yg berada di dalam mulut wanita2 kota yg dipenuhi cemuhan dan ejekan", keluhnya dalam hati. Padahal hari2 sebelumnya tiada siapapun yg berani menyebut namaku kecuali dgn segala penghormatan dan kemuliaan". sambungnya lagi. Setelah jiwanya goncang dgn kemarahan Zulaikha menjadi tenang semula, lalu berbicara dgn dirinya, "Aku wanita, dan mereka juga wanita. Mereka harus juga terima penghinaan sebagaimana penghinaan yg mereka tuhukan kpdku. Sekiranya merekka mempeolok2an aku dgn lidah mereka, sesungguhnya olok2ku nanti akan lebih keras ke atas diri mereka..".

Zulaikha menuju ke beranda yg menghadap ke Sungai Nil. Di tepi sungai itu, sementara angin lembut menerpa pepohonan bunga yg mengelilingi istana, mengharumi udara sekitarnya, dia mulai bermenung dan berfikir. Tidak lama kemudian wajahnya kelihatan berseri kemudian mulutnya mulai tersenyum. Dia sudah menemui suatu cara penyelesaian kpd masalahnya. Ya! Mengapa dia tidak menghentikan cemuhan wanita2 itu kpd dirinya dan Yusuf dalam satu pertemuan terbuka? Mengapa dia tidak memanggil waita2 itu duduk bercakap2 lalu dia perintahkan Yusuf keluar menampakkan dirinya di hadapan mereka? Nanti mereka akan sedar mengapa Zulaikha jatuh hati kpd anak angkatnya. Zulaikha menjemput semua kaum wanita ke istananya utk bergembira. Mereka dipersembahkan dgn pelbagai buah2an dan masing2 diberikan pisau sebagai alat untuk memeotongnya. Zulaikha ingin melihat apakah yg akan terjadi kepada mereka ketika Yusuf muncul secara tiba2 di tengah2 mereka. 

Kebanyakan wanita bangsawan di Mesir berasa hairan dengan jemputan isteri al-Aziz itu. Mereka menyaksikan suasana berlainan daripada biasa. Ruangan istana dihias indah. Mereka yg hadir dipersilakan duduk di atas kerusi yg indah. Di hadapan masing2 terhidang sepinggan buah2an serta sebilah pisau pemotong. Tetamu memandang kepada apa yang ada dalam ruangan istana, masing2 membisu kerana tidak berani berbicara dengan jelas. Zulaikha pun membuka acara. Bicaranya hanya berkisar kepada buah2an yg terhidang dan aturcara majlis tidak sedikitpun menyentuh ttg peristiwa yg berlaku antara dia dan Yusuf. Dia menyatakan bahawa apa yg dilakukan kpd mereka ini adalah sebagai kejutan.

Ada di antara tetamu itu menyindir Zulaikha. Dgn cara yg bijak dia bercerita ttg seorg perempuan yg jatuh cinta dan mati dalam kesedihan krn lelaki yg meminangnya mati dalam peperangan. Pun begitu Zulaikha lebih bijak. Dia mengalihkan perbicaraan mereka kpd sesuatu yang lain. Dia berkata kpd Yusuf. "Keluarlah, tunjukkan dirimu kepada mereka". Yusuf keluar dari tempatnya menuju ke majlis yg dihadiri oleh kaum wanita yg menjadi tetamu Zulaikha itu. Betepa terkejutnya mereka apabila melihat ketampanan Yusuf. Merek atercengang kehairanan. Tanpa disedari, mereka terpotong jari-jari mereka dengan pisau. Mereka fikir mereka sedang memotong buah padahal darah yg mengalir dari tangan mereka. Lama-kelamaan mereka sedar apa yg meeka lakukan kemudian berkata. : "Maha Besar Allah Ini bukanlah manusia. Dia adalah malaikat yang mulia." Ketika itu wajah Zulaikha berubah krn marah. Dia berkata sambil menunjuk kepada Yusuf, "Itulah org yg menyebabkan aku dicela krn tertarik kpdnya. Ssghnya aku begitu menginginkannya tetapi dia menolak. sekarang jika dia tidak mengikuti apa yg aku perintahkan, dia akan dipenjarakan dan akan menjadi org yg hina". 

Yusuf mendgr apa yg dikatakan zulaikha dgn tenang dan tabah. Dia juga tahu keinginan setiap wanita yg hadir sama spt keinginan Zulaikha kpdnya. sambil berlindung kpd Allah, Yusuf berkata, "Tuhanku! Penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka kpdku. Dan sekiranya Allah tidak hindarkan aku daripada tipu daya mereka pasti aku akan tertarik kepada mereka. Dan tentulah aku termasuk org2 yang jahil. Sesungguhnya Allah swt akan meneguhkan iman hamba2NYa ug mukmin yg berpegang dgn kebenaran yg diperintah olehNya.." Allah swt memperkenankan doa Yusuf, dan Dia melindungi tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui. Wanita2 itu akhirnya pulang dgn tangan yg berlumuran darah. Akhirnya mereka sedar Zulaikha terhalang cintanya kpd Yusuf. Yusuf kemudiannya beredar meninggalkan ruangan itu dan Zulaikha puas kerana dapat membalas penghinaan wanita2 tersebut.

tetapi setelah lama berfikir, dia sedar perasaan yg ditanggungnya selama ini adalah sesuatu yg berat buatnya. Dia bercakap dgn diri sendiri, "Yusuf menghindarkan dirinya kpdku sebanyak dua kali; sekali di kamarnya dan sekali di hadapan wanita2 kota. Sesungguhnya wanita2 kota itu juga mencintai Yusuf sama seperti diriku, tetapi semuanya tidak memperoleh sesuatu daripadanya. Ancamanku kpdnya pun tidak ditakuti. Celakalah engkau meskipun aku mencintaimu". Zulaikha pergi menemui suaminya kemudian suaminya bertanya ttg jamuan yg diadakan. Zulaikha memberitahu bhw jamuan itu menmbahkan keburukan kpdnya.

"Bagaimana hal itu boleh terjadi?" Tanya al-Aziz. "Sekiranya Yusuf tidak disembunyikan daripada istana dan kota, dia akan selalu berbicara mengenai apa yg memburukan akau.." Zulaikha menjawab. Al-Aziz mendekati isterinya sambil berkata, "Bagaimana engkau boleh merelakan sesuatu yg memburukkanmu?" Tubuh Zulaikha gementar. Kemudian dia berkata, "Kalau begitu penjarakan Yusuf, sehingga semua org melupakannya".

Al-Aziz menyetujui cadangan isterinya itu. Tidak lama kemudian, beberapa org pengawal istana mebawa Yusuf ke penjara. Tatkala Yusuf keluar dari pintu istana, Zulaikha berdiri di belakang jendela kamarnya sambil memandang ke arah Yusuf. Dia merasakan seolah2 sebahagian daripada hatinya tercabut, meskipun dia yang mendesak suaminya supaya memenjarakan Yusuf. Saban hari, kesedihan mewarnai wajah Zulaikha. Suaminya hanya boleh melihat dengan sikap diam dan tak boleh berbuat apa2. Wanita itu bertanya kepada dirinya sendiri, "Salahkah aku ketika aku menyuruh al-Aziz memasukkan Yusuf ke dalam penjara? Ya, kuharamkan diriku daripada melihat Yusuf.."

Sekali lagi dia berfikir dalam kegelisahannya, "Tetapi, apakah aku bersalah dalam urusan itu?" Dia menyalahkan dirinya sendiri untuk melepaskan diri daripada azab, seperti seorang dermawan yang haus, tetapi tidak sanggup mencedok air yang dipikul di bahunya sendiri. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun berlalu tanpa sunyi daripada cerita Zulaikha dgn Yusuf. Pada suatu hari utusan raja datang, memerintahkan Zulaikha supaya datang ke istana. Zulaikha sangat hairan sebab perkara sperti itu belum pernah terjadi sebelumnya. Dia bertanya kpd suaminya apa yg menyebabkan dia dipanggil ke istana. Al-Aziz menjawab, "Mungkin ada urusan dgn Yusuf". Mendengar nama itu hilang sgl dugaan, tetapi benarkah raja mahu berbicara dengannya mengenai Yusuf? Dgn pelbagai pertanyaan bersarang di benaknya, Zulaikha pergi ke istana. Dia mendapati wanita2 yg sudah terpotong tanggannya ada di sana semuanya menghadap Raja Mesir. Baginda memandang kpd semua wanita itu dan bertanya satu persatu, "bagiamanakah keadaan kamu ketika menggoda Yusuf supaya menuruti kehendakmu?" 

Mereka menjawab serentak, "Kami dapati tidak ada satupun keburukan yang ada padanya" Tiba2 tanpa diminta oleh raja, Zulaikha berbicara. Dia merasakan sudah tiba masanya utk berterus terang, supaya beban dosa yg ditanggungnya kesan daripada perbuatannya terhadap Yusuf hilang. Di hadapan wanita2 dan raja Zulaikha berkata, "Sekarang jelaslah kebenaran itu. Akulah yg menggodanya supaya tunduk kepadaku dan sesungguhnya dia termasuk golongan org2 yg benar". Yusuf berkata, "Yang demikian itu supaya al-Aziz mengetahui apa yg sesungguhnya aku tidak khianat kepadanya di belakangnya, dan bahawasanya Allah tidak akan merelakan tipu daya manusia yg khianat. Aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan krn sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yg diberikan rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang". 

.......................................................................................................................................................................... Terdapat perbezaan pendapat mengenai kehidupan Zulaikha selanjutnya. Sebahagian org berpendapat sejak itu Zulaikha hidup dalam kesedihan dan putus asa krn ingatannya kpd Yusuf. Sebahagian yg lain pula berpendapat Zulaikha akhirnya berpindah ke suatu tempat yg jauh yg berutanya tidak diketahui sama sekali. Yang jelas kehidupan Zulaikha terganggu krn cintanya kpd Yusuf. 

Namun ada yg mengisahkan selepas peristiwa itu Zulaikha bertaubat kpd Allah swt. Ketika Yusuf diutus menjadi rasul dan menjadi penguasa menggantikan al-Aziz baginda bertemu dgn Zulaikha yg ketika itu sudah tua. akhinya Allah swt menjadikan Zulaikha muda remaja dan dikahwinkan dgn Nabi Yusuf. Zulaikha akhirnya menjadi wanita solehah yg sentiasa beramal kpd Allah swt.

 KISAH NABI YUSUF AS DAN ZULAIKHA INI BOLEH DIRUJUK DALAM AL-QURAN SURAH YUSUF 12-: 21 HINGGA 53)

------------

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

TABAH DAN TAWAKAL DALAM MENGHADAPI MUSIBAH


“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 155)

Berbagai musibah itu adalah batu ujian, untuk menentukan siapa di antara hamba-Nya yang benar dan yang tidak benar. Allah SWT berfirman:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabut: 2)

Tabah dan tawakal adalah kunci menghadapi semua itu. Didalam Al Qur’an terdapat salah satu do’a untuk memohon ketabahan dan khusnul khotimah sebagaimana dalam Q.S Al A’raaf ayat 126 :



~ANAK~WANITA~IBU

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya...Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu...
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan....
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia....
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya....
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran....
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa....
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki....
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki....
Hebat kan wanita???
Anda amat bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita....
Buat kaum Adam, hargailah hawa yang berada disebelah anda itu....
Image result for assalamu alaikum wa rahmatullahi

ANAK-ANAK SYURGA

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)
   
   Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.
   
   Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim) 
   
   Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
   
   Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
   
   Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"
   
   Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.
   
   Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.
   
   Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

ANAK ITU AMANAH,ANUGERAH DAN UJIAN DARIPADA ALLAH


Assalamualaikum w.b.t 

Anak itu amanah untuk dijaga
Anak sebagai anugerah,amanah dan ujian

Alhamdulillah. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekalian Alam. Anak, satu pemberian yang paling bernilai untuk pasangan yang mendambarkan kebahagian dalam melayari bahtera berkahwinan. Satu Anugerah yang tidak terhingga kepada setiap pasangan untuk menyerikan lagi segenap alam kehidupan. Hari ini kita dikejutkan dengan pelbagai kes-kes yang melibatkan penderaan yang melibatkan kanak-kanak. Dari segi penderaan mental,fizikal dan tak kurang juga penderaan seksual.Apa yang menyedihkan penderaan ini ada juga dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Dimana hilangan Amanah yang dipertanggungjawabkan?

ANAK ANUGERAH KEPADA IBU BAPA

Anak sebagai satu Anugerah
Anak sebagai satu Anugerah Allah Yg Tidak Ternilai

Kelahiran seorang anak itu merupakan satu anugerah kepada seseorang daripada Allah swt.Anugerah yang begitu tinggi nilainya kepada hamba-hamba-Nya. Mengapa satu anugerah?Setiap anak yang lahir telah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing daripada Allah swt.Firman Allah dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin.Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu.Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar."[Surah al-israa' 17:31]
Jadi anugerah pemberian rezeki telah dijanjikan setiap anak yang dilahirkan di atas muka bumi ini.Bahkan setiap anak yang dilahirkan dibahagi bahagian rezeki mereka masing-masing sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu.Sabda Nabi Muhammad saw:

"Sungguh, dikumpulkan penciptaan kalian dalam perut ibumu selama 40 hari.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi segumpal darah.Kemudian dalam waktu yang sama menjadi sekerat daging.Kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan juga diperintahkan dengan empat hal;untuk menulis rezekinya,ajalnya,amalnya,dan termasuk orang yang sengsara atau bahagia."[HR Bukhari dan Muslim]
ANAK MENJADI AMANAH KEPADA IBU BAPA

Anak adalah pinjaman daripada Allah swt.Jadi ianya merupakan salah satu amanah yang dipegang oleh ibu bapa sebelum kembali kepada penciptanya.Ibu bapa perlulah mendidik,menyayangi anak-anak dengan penuh perhatian.Bekalan ilmu agama perlulah diterapkan untuk menjadikan 'amanah' ini dapat mengenal penciptanya.Mengikuti segala perkara yang disuruh dan meninggalkan setiap perbuatan buruk yang ditegah oleh Allah swt.Sabda Rasulullah saw:

"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]

ANAK SEBAGAI UJIAN DARIPADA ALLAH


Kelahiran cahaya mata juga merupakan ujian yang besar kepada setiap ibu bapa.Mereka perlulah mendidik anak-anak mereka dengan memberi pendedahan agama yang sempurna.Ini kerana,persekitaran luar mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama apabila memasuki era remaja.Allah berfirman:

"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar."[Surah Al-Anfal 8:28]

Memiliki anak-anak yang istimewa juga merupakan ujian daripada-Nya.Dugaan yang diberikan untuk melihat sejauh mana kita mampu menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan oleh-Nya itu.Ibu Bapa perlulah memastikan anak-anak menjaga batas-batas yang telah ditetapkan.Contohnya batasan dalam pergaulan dan menutup aurat.InshaaAllah pengakhiran yang baik untuk ibu bapa yang mampu memagang amanah yang dipertanggungjawabkan ini.
Nama diberi Ku Shafika Azira Bt Mohd Shafie dilahirkan di Hospital Besar Tanjung Malim,Perak dan dibesarkan di pelbagai tempat kerana bapa berkhidmat sebagai seorang anggota tentera (MP). Perak adalah kampung kelahiranku begitu juga dengan emak. Emak adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Sebagai seorang anak anggota tentera aku sudah terbiasa membawa diri dengan berdikari kerana seusia 1 tahun lebih allah telah memberi rezeki kepada orang tuaku dengan kurniaan anak kedua. Bermulanya tugas abah sebagai seorang anggota tentera yang banyak bertukar tempat kerja (Posting) kami sekeluarga telah ke serawak kerana tugasan abah berkhidmat disana. Selama 2 tahun khidmat abah disarawak dan kini telah dikurniakan cahayamata lelaki anak yg kedua iaitu Ku Shafiq Ikhwan Bin Mohd Shafie nama diberi. Nama ‘KU’ adalah pemberian atuk sebelah abah dimana nama ‘KU’ adalah simbolik generasi keturunan ketujuh keluarga kami. Sebagai anak perempuan sulung aku diberi amanah untuk menjaga adikku yang kedua kerana dia dilahirkan sebagai anak ‘downsindrom’. Aku amat menyayangi adikku dan hanya dia sahaja lah teman sepermainanku, teman gurauanku. Kami dibesarkan bersama-sama dengan penuh kasih sayang dari emak dan abah. Terima Kasih Ya Allah atas anugerah pemberianMu, aku bersyukur dikurniakan keluarga yang tabah dan sabar mengharungi ujian Mu yang maha hebat. Alhamdulillah…

Selepas 3 tahun perkhidmatan sebagai anggota tentera di Sarawak kami sekeluarga berpindah di Taiping rumah yang dibeli oleh abah iaitu rumah teres. Disini allah telah memberikan rezeki buat emak dan abah dengan cahayamata yang ketiga iaitu anak lelaki kini aku telah mempunyai 3 adik beradik, Alhamdulillah rezeki pemberian allah. Adik yang ketiga Shafiq Ku Shairie Bin Mohd Shafie di lahirkan di Hospital Taiping, Perak. Pada mulanya adik ku dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain, seorang anak yang ceria tidak lekang dek senyuman dengan lesung pipit di pipi kirinya. Tetapi allah maha berkuasa didatangkan dengan bentuk ujian iaitu adikku yang ketiga lumpuh dan tidak seperti kanak-kanak yang lain. Ya allah tiada daya upaya hambamu yang hina ini melawan takdirmu ya allah. Bersyukur atas rezeki pemberianmu iaitu anak-anak istimewa syurga buat mereka yang tidak berdosa.

7 tahun berlalu dan kini abah perlu berkhidmat ditempat lain iaitu di Kuala Lumpur, Kem Genting Klang Setapak. Disini juga allah telah memberikan rezeki buat emak dan abah dimana cahaya mata yang ke empat bakal dilahirkan. Pelbagai ujian emak dan abah harungi dalam membesarkan kami adik beradik hanya allah yang maha mengetahui penderitaan dihati mereka berdua, semoga emak dan abah dipelihara dalam rahmat allah selalu. Aamiin.. Cahaya mata keempat anugerah allah iaitu anak perempuan yang diberi nama Nurul Fatehah Bt Mohd Shafie. Dilahirkan dengan cukup sifat dan sihat tubuh badan. Alhamdulillah hadiah yang amat bernilai buat keluarga.


12 tahun berlalu dan kini allah telah kurniakan cahaya mata yang kelima iaitu Muhammad Quyyum Bin Mohd Shafie. Allah memberi ujian yang maha hebat dimana adik ku yang kelima berada dalam keadaan kritikal dan berkomplitasi dimana doctor menganggarkan adik ku tidak dapat hidup lama. Ya allah semoga emak dan abah tabah dalam mengharungi ujian ini. Emak tidak boleh melahirkan anak lelaki kerana ada masalah yang hanya allah lebih mengetahui mungkin ini adalah takdir dan ujian besar buat kami sekeluarga. Emak sudah tidak dapat melahirkan anak lagi kerana terdapat komplikasi jika emak hamil lagi. Ya allah sudah cukup zuriat pemberianmu yang amat bernilai ini, anugerahmu paling indah ya allah.. Semoga emak dan abah sabar selalu dan tabah dalam mengharungi perit getirnya dalam membina keluarga dalam membesarkan anak-anak.